Tuesday, December 29, 2015

Iwan berkhatan @ bersunat Cuti Sekolah Disember 2015

Sepanjang musim cuti sekolah hujung tahun 2015 ni, sana-sini orang dok bercerita pasal sunatkan anak. Member-member dalam group whatsapp dok tayang gambar anak-anak depa berkhatan. Ade yang berarak bagai.. Siap naik moto beso lagi. Kena sembur ngan paip bomba.

Dalam pada tu dok sembang jugak ngan member2 opis nih..Depa dok tanya la, Iwan tak sunat ke tahun ni..aku pon jawab la.. "Iwan gemuk.. Unai (bebird) dia kecik sangat..tak lepas kot nak kena sunat..Tunggu la dia kurus skit". Then, sorang member aku ni (Nurul namanye) pon buka la cerita kisah adik dia yang obes jugak.. Dia kata mak dan ayah dia dulu guna ayat cam aku tu la..Lastly, adik dia tunggu sampai darjah 6 tak kurus2 jugak..terpaksa la jugak sunat dalam keterpaksaan. Punya la seksa nak sunatkan dia. Dan-dan tu gak aku terus terbayangkan Iwan..

Iwan dulu takde la segemuk sekarang ni.. Mak aku dulu ade la cakap..jangan risau la,nanti kalau dia dah sekolah mesti dia kurus..masuk pertengahan darjah 1 aku tunggu gak dia kurus..tengok2 makin besar lagi ade la.. Pastu masuk darjah 2 plak.. Saiz makin bertambah.. Seluar dah jadi saiz 32 waktu tu.. Aku pon terus la pikir, kalau ditunggu2 ni mau jadi kes cam adik Nurul nih ..

Nurul pesan plak kat aku.. "Baik kak Fina sunat kan dia sekarang sebab Nurul rasa Iwan tu takde lah gemuk sangat cam adik Nurul..Kalo tunggu2 nanti takut lagi besar". Then, aku tanpa membuang masa, terus call en.somi.. "Abg, jom sunatkan Iwan". Aku pon terus terangkan cerita kisah adik Nurul ni dari A to Z.. Kebetulan plak waktu tu FIL buat kenduri doa selamat sempena dia berpencen. Kiranya tumpang sekaki la kenduri tu. Kenduri pada hari sabtu 12 Disember 2015.

Oleh yang demikian, tanggal 13 Disember 2015 termaktublah sebagai hari bersejarah Muhammad Ridzwan Aisy dikhatankan di Pusat Perubatan Ar-Ridzuan secara kaedah konvensional pada jam 10.00pagi.
Muka kecut perut orang nak kena sunat
Aku decide nak sunatkan Iwan ni kira2 seminggu sebelum kejadian je..pastu sibuk dok google sana sini cari ape kaedah yang sesuai..Lastly masuk dalam group Ipoh Ipoh Aje..search pasal berkhatan..tengok2 Ar-Ridzuan ade wat promosi..terus la call tanya camne..Lepas tu terus daftar... Lepas dah daftar sembang plak dengan member lama SMSTA Ayu dan Diha dalam WA kebetulan diorang baru sunatkan anak.. Anak Ayu baru 5 thn..guna kaedah clamp.. Anak Diha guna kaedah biasa cam aku gak.. Tapi dia nurse, dia jaga baik punya la luka anak dia tu siap cuci bagai..macam2 la dia cerita kat aku..sampai aku terfikir, mampu ke aku nak wat camtu.. Pastu ayu plak kata kaedah clamp lagi senang.. x perlu cuci luka bagai.. Tapi sebab aku dah terlajak register..hadap je lah. Sehari sebelum Iwan sunat aku sesaja pergi Klinik Shamsudin kat Kuala Kangsar (ayu sunat anak kat sini).. nak tanya kat nurse tu, anak aku sesuai ke dikhatankan guna kaedah clamp.. Nurse tu jawab, sesuai je takde masalah. Dia takde la gemuk sangat. Ada yang lebih gemuk dari anak aku katanya. Lega sikit hati ni. Pastu sesaja la aku tanya, kalo nak sunat kat sini ada kosong lagi tak.. Laju je dia jawab dah full sepanjang minggu ni. Next entry nanti nak citer sepanjang perjalanan mengkhatankan Iwan.